Kelas Microsoft Office 2013 (Word-Surat Rasmi)
20 Jun 2018 | Aktiviti TerkiniPada 19 Jun 2018 yang lalu, Pusat Internet Bawang Assan telah mengadakan kelas asas Microsoft Office 2013 kepada suri rumah. Seramai 5 orang peserta telah menghadiri kelas ini.Tujuan kelas ini diadakan adalah untuk mendedahkan kepada para peserta cara menggunakan aplikasi Microsoft Word 2013 yang betul serta mengajar para peserta membuat surat rasmi dengan menggunakan Microsoft Word.
Selain itu, kelas ini juga dapat mewujudkan rasa tanggungjawab dalam kalangan pengguna internet supaya beretika dan prihatin terhadap pengguna yang lain ketika menggunakan internet.